Mari Belajar

Gambar Interaktif

Contoh Persembahan Murid

RPH KOLAJ DAN BUKU SKRAP


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tahun                                     : Prasekolah Mutiara
Bilangan Murid                     : 25 orang
Tarikh                                     : 01.11. 2012
Masa                                       : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tema                                      : Buah-buahan
Subtema                                 : Buah-buahan Tempatan dan Buah-buahan Import.
Tunjang                                  : Komunikasi dan Bahasa Malaysia.

Standard pembelajaran        :          
(BM 1. 1. 13)- Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita dan lagu.
(BM 2. 1. 3)-Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.
(BM 3.7.2)-Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

Kesepaduan  standard pembelajaran :     
Bahasa Melayu, Kreativiti Dan Estetika, Sains dan fizikal.

Aktiviti            :
Bercerita menggunakan bahasa yang mudah untuk melakukan
1.    Kolaj
2.    Buku skrap
Mengkategori dan mengenalpasti nama buah-buahan.
Aktiviti dilakukan secara berkumpulan.

Fokus Utama                         :
Standard Kandungan
BM 1.1. Mendengar dengan penuh perhatian.
BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra.

Objektif                                  :
Pada akhir P&P murid dapat :
Murid dapat menghasilkan teknik kolaj buah-buahan berdasarkan video yang di pertontonkan.
Murid mengenali buah-buahan tempatan dan buah-buahan import.
Murid dapat menghasilkan buku skrap dengan hasil krativiti tersendiri.

Pengetahuan Sedia Ada      :
Mengenali beberapa jenis buah-buahan tempatan seperti betik, manggis, durian, pisang dan
belimbing
Mengenali beberapa jenis buah-buahan import seperti epal,  anggur, pear, ceri dan oren.
Mengenal warna buah-buahan.

Pengisian Kurikulum            :
Ilmu     - Kajian Tempatan dan Muzik
Nilai     - bersyukur, menghargai, bekerjasama, berdikari, berdisiplin, menghormati dan bersabar.
KBT     - ICT, Menjana Idea, Menghubung Kait dan Mengklasifikasi

Sistem Bahasa                      :
Tatabahasa     - Kata Kerja dan Ayat Tunggal
Kosa Kata       - bermusim, khasiat, murah, dieksport, diproses

Bahan Bantu Mengajar          :
Gambar buah-buahan tempatan dan import, kertas warna, gam cair, gunting dan pisau. Kad
manila, crayon, pensel warna, binding tape, stapler, bunga-bunga kecil dan riben .




Langkah / Masa

Isi Pengajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nilai

Bahan Bantu Mengajar

Set Induksi
(5 minit)

*       Murid menyanyi lagu buah-buahan tempatan dengan iringan muzik.


*      Guru menyatakan nama buah-buah yang terdapat di dalam lagu:
-   Manggis, betik , pisang, durian, belimbing, dan rambutan.

Tajuk: Buah-buahan 
          Tempatan
*      Petikan
-   Buah-buahan Tempatan


1.    Murid menyanyikan lagu buah-buahan tempatan dengan iringan muzik.

2.    Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan lagu yang dinyanyikan.




Bersyukur
Bangga

ICT

Langkah 1
(10 minit)

*           Guru menunjukkan gambar buah-buahan tempatan
      dan buah-buahan import kepada murid.
*           Maklumat yang terdapat dalam petikan:
i.     Buah-buahan tempatan di Malaysia .
ii.    Nama buah-buahan :- durian, rambutan, manggis, belimbing, betik dan pisang.


*           Guru menunjukcara membuat kolaj buah-buahan tempatan & kolaj buah-buhan import.


1.  Murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang di tunjukan tadi.

2.  Guru kaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.




3.    Murid mendengar penerangan guru.

Disiplin




Hormat








Bersabar
Toleransi

Petikan: Buah-buahan Tempatan

Petikan Buah-buahan Import





ICT
VIDEO

Langkah 2
(25 minit)

*      Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk menyiapkan kolaj buah-buahan yang telah di sediakan.




*      Guru memberi lembaran lukisan buah-buahan kepada setiap kumpulan.













*      Guru membekalkan peralatan @ bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat kolaj.




1.    Murid di bahagikan kepada 2 kumpulan untuk membuat kolaj buah-buahan tempatan dan buah-buahan import.

2.    Kumpulan 1
di beri lima keping lukisan buah-buahan tempatan iaitu durian, manggis, betik, pisang dan belimbing.

3.    Kumpulan 2 di beri lima keping lukisan buah-buahan import ialah epal, anggur, pear, ceri dan oren.

4.     Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang telah di tetapkan

Berkeyakinan

Berani

Berkerjasama

Toleransi

Sabar











Bahan:
-Gambar lukisan buah-buahan
-Kertas warna
-Gam cair
-Gunting

Langkah 3
(5minit)

*      Guru menunjukkan perkataan nama buah-buahan kepada murid.


*      Guru meminta murid menampal perkatan tersebut pada gambar kolaj yang talah di siapkan.


1.     Murid diminta menyebut perkataan yang dicetak.

2.     Murid menampal perkataan nama buah-buahan mengikut kategori buah-buahan tempatan dan buah-buahan import.pada kolaj yang betul.


Berani




Berkeyakin-an
Berani




Bahan:
 -Kad perkataan
-Gam
 -Gambar kolaj


Langkah 4
(10 minit)

*      Guru menunjukcara  membuat buku skrap dari kolaj buah-buhan yang telah di siapkan oleh murid.


*      Mengklasifikasi / mengkategori buah-buahan tempatan dan buah-buahan import.

1.   Murid membuat buku skrap mengikut kreativiti sendiri secara berkumpulan.

2.   Kumpulan 1  membuat buku skrap buah-buahan tempatan

3.   Kumpulan 2 membuat buku skrap buah-buahan import.

4.   Murid membentang hasil buku skrap yang telah siap.


Menghargai nikmat Allah.

Sayang pada negara sebagai bumi bertuah.

Bekerjasama

Prihatin

Kreatif

ICT
VIDEO

Bahan:
-Crayon
-Pensel warna
 -Kad manila
-Gam cair
-Gam UHU
-Stapler
-Gunting
-Pisau
-Bunga hiasan
-binding tape

Penutup
(5 minit)

*      Malaysia ada pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang bermusim dan tidak bermusim. Pokok buah-buahan ini pula terdiri daripada pelbagai saiz.

1.    Murid diminta sekali lagi menyanyikan lagu buah-buahan tempatan.

2.    Guru dan murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.


Bersyukur

ICT









No comments:

Post a Comment

~KAMI~

Slaid Dari Power Point