RANCANGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun :
1 Alfa
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 12 April 2012
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Fokus Utama :
Standard Kandungan
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
3.4.1 Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsanan bergabung dengan tepat.
Standard Kandungan
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
3.4.1 Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsanan bergabung dengan tepat.
Objektif
Pada akhir P&P murid dapat :
(i) Murid mengambil imlak kata kerja yang dicetak dengan warna biru.
(ii) Murid membina lima ayat berdasarkan kata kerja tersebut.
Pada akhir P&P murid dapat :
(i) Murid mengambil imlak kata kerja yang dicetak dengan warna biru.
(ii) Murid membina lima ayat berdasarkan kata kerja tersebut.
Pengetahuan
Sedia Ada :
Mengenali beberapa jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, durian, dan
dokong.
Mengenali beberapa jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, durian, dan
dokong.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan dan Muzik
Ilmu - Kajian Tempatan dan Muzik
Nilai - bersyukur, menghargai, bekerjasama, berdikari,berdisiplin, menghormati.
KBT - ICT, Menjana Idea, Menghubung kait dan Mengklasifikasi
Sistem Bahasa :
Tatabahasa - Kata Kerja dan Ayat Tunggal
Tatabahasa - Kata Kerja dan Ayat Tunggal
Kosa Kata -
bermusim, khasiat, murah, dieksport, diproses
Bahan Bantu Mengajar : ICT, manila kad dan marker pen.
Langkah / Masa
|
Isi Pengajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Nilai
|
Bahan Bantu Mengajar
|
Set Induksi
(5 minit)
|
buah-buahan tempatan dengan iringan muzik. tersebut? terdapat dalam lagu - Manggis, duku, langsat, durian, ciku, dan rambutan. Tajuk: Buah-buahan Tempatan - Buah-buahan Tempatan |
1. Murid
menyanyikan lagu
buah-buahan tempatan dengan iringan muzik.
2. Guru
bersoaljawab dengan murid berkaitan lagu yang dinyanyikan.
3. Murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang terdapat dalam senikata lagu tadi.
4. Guru
kaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
|
Bersyukur
Bangga
|
ICT
|
Langkah 1
(10 minit)
|
dalam petikan:
i. Buah-buahan
tempatan di Malaysia .
ii. Nama
buah-buahan :- durian, rambutan, manggis, duku, betik dan lain-lain.
iii. Terdiri
daripada pelbagai saiz pokok – tinggi, rendah, kecil dan menjalar.
i. Pengalaman di dusun
ketika pulang ke
kampung.
ii. Keluarga mempunyai
dusun sendiri.
iii. Pelbagai jenis buah-
buahan.
iv.
Banyak gerai buah-
buahan di tepi jalan.
v. Harga murah.
|
1. Murid
membaca petikan yang disediakan senyap.
2. Secara
rawak murid dipilih membaca dengan kuat dan murid lain diminta menyemak.
3. Guru
dan murid bersoal jawab tentang maklumat yang terdapat dalam petikan.
4. Murid
diminta menceritakan pengalaman mereka semasa musim buah-buahan.
|
Disiplin
Hormat
Bersyukur akan nikmat Allah |
Petikan:
Buah-buahan Tempatan
Petikan Buah-buahan Tempatan |
Langkah 2
(10 minit)
|
jawapan yang betul. Contoh :
1. Soalan
Bilakah
kita dapat menikmati buah rambutan dan durian?
Jawapan :
Kita
dapat menikmati buah
rambutan dan durian pada musim buah-buahan.
2. Soalan:
Mengapkah belimbing dan jambu boleh dipetik? Jawapan: Buah belimbing dan jambu boleh dipetik kerana pokoknya rendah. |
1. Murid
dipilih secara rawak dan diminta menjawab soalan kefahaman dengan
melengkapkan jawapan dengan jawapan yang betul.
2. Murid
menjawab soalan pemahaman dalam lembaran kerja yang disediakan.
|
Berkeyakinan
Berani
|
Kad
frasa
Lembaran
kerja
|
Langkah 3
(15
minit)
|
Perkataan
berwarna ungu:
-ditanam,
menggunakan, mengait, dikutip, ditebang, dikait, dipetik, makan dan
menggalakkan.
- Kata
yang menunjukkan perbuatan .
- menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja
- terdapat dua
golongan kata kerja, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Contoh kata kerja : menonton, tidur, dibina,bersara dan menangis.
Contoh
ayat:
1.
Buah jambu itu dipetik oleh
kakak.
2.
Kucing suka makan ikan.
3.
Sawi di belakang rumah
ditanam
oleh ibu saya.
Murid
menjawab dalam lembaran kerja .
|
1. Murid
diminta menyebut perkataan yang dicetak dengan warna ungu.
2. Guru
menerangkan kepada murid tentang kata kerja.
3. Murid
membina ayat menggunakan perkataan tersebut secara lisan dengan bimbingan
guru.
4. Murid
melengkapkan ayat menggunakan perkataan berwarna tersebut dalam lembaran
kerja.
|
Berani
Berkeyakinan
Berani
|
Lembaran
Kerja
Nota
kata kerja
Petikan Buah- buahan Tempatan
Lembaran
kerja
|
Langkah 4
(15 minit)
|
mengkategori buah-buahan tempatan bermusim, tidak bermusim, pokok tinggi dan pokok rendah. Buah-buahan bermusim – rambutan, manggis, durian, duku, dokong dan cempedak. Buah-buahan tidak bermusim – betik, ciku, limau, jambu, belimbing, pisang, mangga dan lain-lain lagi. Buah-buahan yang pokoknya tinggi – rambutan, durian, kelapa, manggis, duku, langsat dan lain-lain. Buah-buahan yang pokoknya rendah – jambu, belimbing, betik, nanas dan lain-lain lagi. |
1. Murid
dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Kumpulan
1 menyenaraikan nama buah-buahan
tempatan bermusim.
3. Kumpulan
2 menyenaraikan nama buah-buahan tempatan tidak bermusim.
4. Kumpulan
3 menyenarai buah-buahan yang saiz pokoknya tinggi.
5. Kumpulan
4 menyenaraikan buah-buahan yang pokoknya rendah.
6. Murid
membentang hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas.
|
Menghargai
nikmat Allah. Sayang pada negara sebagai bumi bertuah. Bekerjasama Prihatin |
ICT Manila Kad Marker Pen |
Penutup
(5 minit)
|
buah-buahan tempatan yang bermusim dan tidak bermusim. Pokok buah-buahan ini pula terdiri daripada pelbagai saiz. |
1. Murid
diminta sekali lagi menyanyikan lagu buah-buahan tempatan.
2. Guru
dan murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.
|
Bersyukur
|
ICT
|
PETIKAN
Arahan : Baca dan faham petikan di bawah.
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Terdapat pelbagai jenis buah-buah di Malaysia. Contohnya
durian, rambutan, ciku, manggis, dan duku. Pokok buah-buahan ini boleh ditanam di halaman rumah atau di dusun.
Pokok buah-buahan ini terdiri daripada pelbagai
saiz. Pokok buah-buahan yang tinggi adalah seperti rambutan, manggis, ciku dan
mangga. Kita boleh mengait buah menggunakan galah. Buah durian dikutip setelah ia gugur. Pokok pisang perlu ditebang untuk
mengambil buahnya. Buah-buahan seperti jambu, belimbing, betik, dan tembikai
pula tidak perlu dikait. Buah-buahan ini
mudah dipetik kerana pokoknya rendah.
Buah-buahan tempatan ada dua jenis iaitu jenis
bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah tidak bermusim ialah pisang, betik,
dan tembikai. Selain rasanya yang lazat, ia juga berkhasiat. Buah-buahan
tempatan segar dan baik untuk kesihatan. Oleh itu, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan.
Nama : ........................................... Tarikh:
.........................
Jawab soalan pemahaman di bawah berpandukan jawapan
yang disediakan.
mangga,
betik, ciku, nanas, jambu dan belimbing.
|
rasanya
lazat dan berkhasiat serta murah.
|
di halaman rumah dan dusun buah-buahan.
|
durian,
rambutan, manggis, dokong, duku dan cempedak.
|
1. Di manakah pokok buah-buahan boleh ditanam?
Pokok buah-buahan boleh ditanam __________________________
____________________________________________________________.
2. Buah-buahan apakah yang boleh didapati hanya pada musim tertentu?
Buah-buahan yang boleh didapati hanya pada musim
tertentu sahaja ialah_______________________________________________.
3. Buah-buahan apakah yang boleh kita dapati sepanjang masa?
Buah-buahan yang boleh didapati sepanjang masa
ialah ____________________________________________________________.
4. Mengapakah kita digalakkan makan buah-buahan tempatan?
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana
___________________________________________________________.
Nama : ........................................... Tarikh:
.........................
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
ditanam
|
dikait
|
mengait
|
ditebang
|
makan
|
menggunakan
|
dipetik
|
dikutip
|
1. Ali suka ........................buah rambutan.
2. Pak Abu sedang ....................... buah kelapa.
3. Pokok ceri yang rendang itu telah .......................... oleh Samad.
4. Kalasami menebas rumput ............................ sabit.
5. Buah rambutan yang masak itu ............................. oleh kakak.
6. Pokok bunga yang sedang mekar itu ...................... oleh emak.
7. Buah-buahan yang segar itu baru sahaja ...................... .
8. Beras yang bertaburan di lantai .................... oleh kanak-kanak
malang itu.
NOTA:
KATA KERJA
Kata
Kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja,
manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada
objek, pelengkap, kata bantu, dan keterangan. Contoh :
Frasa Kerja
1.
Dia menonton filem seram.
2.
Bayi itu tidur dalam buaian.
3.
Jambatan itu dibina oleh
kontraktur.
Dalam
frasa di atas, ‘menonton’, ‘tidur’, dan ‘dibina’ ialah unsur intinya, iaitu unsur yang wajib ada dalam
binaan ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua golongan kata kerja,
iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata
Kerja Tak Transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut selepas
kata kerja tersebut. Kata Kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu :
a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja jenis ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat atau sebagai
unsur inti dalam frasa kerja. Kata Kerja ini boleh juga diikuti oleh unsur
keterangan
(frasa yang bergaris) yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan.
(frasa yang bergaris) yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan.
Contoh :
i) Guru Besar sekolah itu akan bersara.
Guru Besar sekolah itu akan bersara pada bulan hadapan.
ii) Kanak-kanak itu suka menangis.
Kanak-kanak itu suka menangis pada malam hari.
b) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja jenis ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata
nama, kata adjektif atau frasa sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut.
Contoh :
i) Rumah baharunya berlantaikan
jubin import.
ii) Kesihatan bapanya beransur
baik.
iii) Mereka akan melawat ke Melaka.
KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan
unsur objek atau penyambut ( frasa yang bergaris ) dalam predikat frasa kerja.
Kata Kerja ini dinamakan kata kerja transitif aktif. Contoh :
- Hobi membaca
buku cerita.
- Murid-murid membersihkan
kawasan sekolah mereka.
Kata Kerja Transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada
proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif seperti contoh berikut :
- Buku cerita dibacanya sebagai hobi.
- Kawasan sekolah mereka dibersihkan oleh
murid-murid itu.


No comments:
Post a Comment